Friday, September 30, 2011

Samsung & Apple Cuak - Amazon perkenal tablet terbaharu Kindle Fire


PENGANALISIS melihat kemunculan Kindle Fire boleh membuatkan pengeluar komputer tablet yang lain seperti Apple dan Samsung menurunkan harga produk mereka.

NEW YORK - Amazon kelmarin memperkenalkan komputer tablet sesentuh keluarannya yang akan dijual di Amerika Syarikat (AS).

Kindle Fire yang mempunyai fungsi seumpama iPad keluaran Apple itu dijual pada harga $199 (RM635), separuh harga lebih murah berbanding iPad yang ada di pasaran sekarang.

Model asas Kindle sebelum ini digunakan untuk membaca eBooks. Namun, gajet terbaharu itu akan menggabungkan ciri tersebut dengan kemampuan untuk memainkan muzik, filem dan melayari Internet.

Pengguna juga boleh mengakses lebih 18 juta filem, program televisyen, lagu, aplikasi, permainan video, buku dan majalah menerusi laman web Amazon.

Gajet tersebut mempunyai skrin bersaiz tujuh inci, berbanding iPad 2 iaitu 9.2 inci. Tidak seperti iPad, Kindle Fire tidak mempunyai kamera atau aplikasi untuk membuat panggilan video.

"Kindle Fire akan membawa semua hasil kerja yang diusahakan di Amazon selama 15 tahun ke dalam satu perkhidmatan bersepadu untuk pengguna.

"Ia menawarkan permainan, muzik, carian laman web dan buku pada harga hanya $199 (RM635). Ini merupakan produk premium yang ditawarkan pada harga bukan premium. Kami akan menjual jutaan unit Kindle Fire," kata Ketua Eksekutif Amazon, Jeff Bezos. - Agensi

Wednesday, September 28, 2011

Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang


Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. Honestly, sebelum ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.

Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.

Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:
  • Hiroshi Miyano ( 宮野裕史 Miyano Hiroshi ) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara( 横山裕史 Yokoyama Hiroshi ))
  • J ō Ogura ( 小倉譲 Ogura J ō ) (Menukar namanya kepada J ō Kamisaku ( 神作譲 Kamisaku J ō ? ))
  • Shinji Minato ( 湊伸治 Minato Shinji )
  • Yasushi Watanabe ( 渡邊恭史 Watanabe Yasushi )
  • Tetsuo Nakamura ( 中村哲夫 Nakamura Tetsuo )
  • K ō ichi Ihara ( 伊原孝一 Ihara K ō ichi)
Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘ tidak dalam bahaya ’ .

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.


Seksaan-seksaan yang Junko deritai:
HARI PERTAMA:
  • Diculik.
  • Dirogol (lebih daripada 400 kali)
  • Kebuluran dan kekurangan nutrisi
  • Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
  • Dipaksa onani
  • Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
  • Dicucuh dengan pemetik api
  • Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
  • Dipukul berulang-ulang kali
  • Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
  • Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
  • Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
  • Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
  • Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
  • Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
  • Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
  • Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
  • Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
  • Dipukul dengan buluh
  • Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
  • Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
  • Dipukul dengan kayu golf
  • Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
  • Dipukul dengan batang besi berulang kali.
  • Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
  • Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
  • Lilin panas dititiskan ke muka
  • Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
  • Dicucuk jarum di bahagian dada
  • Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
  • Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
  • Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
  • Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
  • Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
  • Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
  • Saiz otak mengecut

HARI 40:
  • Merayu penyeksanya “ membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir ”
I JANUARI 1989:
  • Menyambut tahun baru bersendirian.
  • Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
  • Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.
So that ’ s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.
Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘ mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian ’ dan bukannya ‘ pembunuhan ’ . Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.

P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai nyawa-nyawa ikan! Berehatlah dengan tenang, Junko...

sumber : forum kampung sebelah.

Komen aku :
Kisah jenayah kejam ni berlaku 20 tahun lepas. Hari ini? Manusia semakin 'kurang kejam' atau sebaliknya... sudah tentu 'semakin kejam'. Dan kelompok yang menjadi mangsa tidak terhad kepada remaja / wanita belasan tahun sahaja - semuanya ada kebarangkalian untuk jadi mangsa - dari kanak-kanak sampailah orang tua!!!

Wednesday, September 21, 2011

Samsung Mahu Halang iPhone 5

Gambar : Rupa iPhone 5 yang disebar secara meluas dalam Internet sekarang. – AGENSI

SEOUL 20 Sept. - Syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics akan memfailkan saman bagi menghalang penjualan produk terbaru syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple, iPhone 5, kata satu laporan hari ini.

Akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper yang memetik pegawai Samsung sebagai berkata, syarikat itu akan melancarkan satu tindakan perundangan strategik ketika Apple dijangka memulakan penjualan telefon pintar itu bulan depan.

‘‘Kami masih belum membuat keputusan untuk memfailkan saman di Korea Selatan atau di negara ketiga,’’ kata pegawai yang enggan identitinya didedahkan.

Jurucakap syarikat Korea Selatan enggan mengulas ketika dihubungi.

Apple sebelum ini menuduh Samsung meniru teknologi dan reka bentuk iPhone dan iPad.

Apple memfailkan saman di beberapa negara termasuk Jerman dan Australia bagi menghalang penjualan Galaxy S dan Galaxy Tab.

Samsung turut melancarkan saman balas mendakwa pesaingnya dari AS itu meniru paten teknologi tanpa wayarnya. – AFP

Wednesday, September 14, 2011

15 Perkara Anda Tidak Tahu Mengenai Steve Jobs


Siapa tidak kenal Steve Jobs? Beliau merupakan individu yang memacu kejayaan Apple sehingga hari ini. Kisahnya bersama syarikat yang diasaskan pada 1976 ini begitu menarik sekali. Pada tahun 1985, ketika syarikat teknologi terbesar ini sedang membina tapak kejayaan…

Steve Jobs telah dipecat akibat keengganan beliau untuk menghentikan projek pengiklanan Super Bowl, namun sayangnya projek itu gagal. 10 tahun kemudian Steve Jobs dibawa kembali ke dalam pengurusan Apple, sebagai usaha terdesak Apple untuk menyelamatkan syarikat itu.

Beliau juga mempunyai ilmu pengaruh yang cukup hebat. Sehinggakan, beliau berjaya mempengaruhi President of PepsiCo, John Sculley untuk meninggalkan syarikat itu dan sama-sama membantu beliau membangunkan syarikat Apple.

Untuk mengetahui kisah biografi pendek tentang Steve Jobs, daripada beliau keluar universiti sehingga menjadi individu penting syarikat Apple. Mari kita tengok senarai kat bawah ni :

1. TIMELINE

  • 1973 : Gagal di kolej - masa ni aku pun tak lahir lagi. Patut la aku tak tau pasal ni.. hehehe.
  • 1974 : Menyertai syarikat ATARI
  • 1974 : ke india mencari 'englightenment'.
  • 1976 : Menubuhkan syarikat APPLE
  • 1985 : Meninggalkan syarikat APPLE
  • 1985 : Menubuhkan syarikat komputer NEXT
  • 1986 : Membeli syarikat animasi PIXAR
  • 1996 : Kembali ke syarikat APPLE
  • 2006 : Menjual syarikat PIXAR
2. Beliau adalah seorang Dyslexic - sama seperti personaliti lain yang dikesan seperti alexander Graham Bell, Albert Einstein dan Henry ford.

3. Seorang yang cuka cari masalah - pernah menggelarkan dirinya 'little teror' semasa di 3rd grade di mana dia melepaskan ular dan meletupkan bahan letupan dalam kelas.
Sampai sekarang terbawak-bawak lagi perangai lama - lihat no 10.


4. Nombor siri pekerja beliau di Apple ialah KOSONG ("0") - Steve wozniak iaitu jurutera syarikat Apple II merangkap co-founder telah diberikan nombor siri SATU ("1") dan Jobs dapat nombor siri DUA ("2"). Beliau membantah sehinggalah memperolehi nombor siri KOSONG ("0").

5. Dia telah mengenali komputer pada umur 12 tahun - Larry Lang, Sorang jurutera dari Hewlet Packard (HP) telah menunjukkan kepadanya sebuah komputer. Terus dia membelinya. Katanya - "Ia nampak kemas. Saya cuma ingin bermain menggunakannya".

6. Dia seorang yang sukakan seni kaligrafi - Selepas gagal di sekolag Reed, belih telah mengambil kelas kaligrafi dan menjadi 'gilakan' fonts dan kaligrafi. Pada waktu inilah dia merekacipta fonts yang digunakan pada komputer Macintosh (yang mana telah di tiru ke dalam komputer Windows).
Bill Gates jeles la tuu.

7. Bukannya seorang yang PEMBERSIH - semasa bekerja di ATARI, dia dipindahkan ke shif malam disebabkan oleh masalah kebersihan diri dan bau badan yang busuk.


8. Beli baju kerja pertama pada umur 22 tahun - pada tahun 1977 dia memerlukan sut kerja untuk represent Apple II di event West Coast Computer Faire.

9. Pakaian Harian - baju sejuk kashmir / sutera warna hitam, jeans Levi's warna biru (dia ada lebih dari 100 pasang), Sneakers New Balance (Saiz 14).
Aku minat nak pakai baju pattern sama every day datang kerja. Tapi mesti kena kutuk - baju tak basuh. padahal kat rumah ada berpuluh2 pasang baju sama. Hehehe..


10. Pernah diumumkan MENINGGAL DUNIA pada tahun 2008 oleh syarikat berita Bloomberg - berita tersebar ke seluruh dunia.
Baru0baru ni pun ada rumors meninggal dunia - kali ke-2


11. Seorang yang suka makan buah - buah kegemaran ialah epal. Sekarang baru aku tahu kenapa nama company dia dinamakan Apple.
Korang suka makan buah apa? buah Geduak? Nanti bolehla tubuhkan company "Geduak Co." - sure gempak.
12. Mengambil President syarikat PepsiCo (John Sculley) untuk sebagai CEO syarikat Apple - Ayat maut yang dia pakai masa ajak mamat tu - "Adakah kau nak menjual air bergula seumur hidup kau atau nak mengubah dunia?"

13. Gaji tahunan beliau - Syarikat Apple (USD1 juta), share dari syarikat disney ($USD48 juta)

14. Berada pada tangga 136 dalam senarai manusia terkaya di dunia - senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes pada tahun 2010 dengan pendapatan bersih $5.5 Billion.

15. Dia seorang kaki 'prank' - semasa pelancaran iPhone di MacWorld pada tahun 2007, dia menggunakan iPhone dengan membuat pesanan olok-olok latte sebanyak 4000 cawan dari Sturbucks.
Kalau aku owner sturbucks masa tu, tergolek-golek seronok dapat order latte 4000 cawan.


Kesimpulann : Kalau korang mempunyai ciri-ciri yang sama di atas, jangan risau.. korang akan kaya satu hari nanti.. hahaha...

dicedok dan di terjemah dari : majalahniaga.com