Wednesday, September 14, 2011

15 Perkara Anda Tidak Tahu Mengenai Steve Jobs


Siapa tidak kenal Steve Jobs? Beliau merupakan individu yang memacu kejayaan Apple sehingga hari ini. Kisahnya bersama syarikat yang diasaskan pada 1976 ini begitu menarik sekali. Pada tahun 1985, ketika syarikat teknologi terbesar ini sedang membina tapak kejayaan…

Steve Jobs telah dipecat akibat keengganan beliau untuk menghentikan projek pengiklanan Super Bowl, namun sayangnya projek itu gagal. 10 tahun kemudian Steve Jobs dibawa kembali ke dalam pengurusan Apple, sebagai usaha terdesak Apple untuk menyelamatkan syarikat itu.

Beliau juga mempunyai ilmu pengaruh yang cukup hebat. Sehinggakan, beliau berjaya mempengaruhi President of PepsiCo, John Sculley untuk meninggalkan syarikat itu dan sama-sama membantu beliau membangunkan syarikat Apple.

Untuk mengetahui kisah biografi pendek tentang Steve Jobs, daripada beliau keluar universiti sehingga menjadi individu penting syarikat Apple. Mari kita tengok senarai kat bawah ni :

1. TIMELINE

  • 1973 : Gagal di kolej - masa ni aku pun tak lahir lagi. Patut la aku tak tau pasal ni.. hehehe.
  • 1974 : Menyertai syarikat ATARI
  • 1974 : ke india mencari 'englightenment'.
  • 1976 : Menubuhkan syarikat APPLE
  • 1985 : Meninggalkan syarikat APPLE
  • 1985 : Menubuhkan syarikat komputer NEXT
  • 1986 : Membeli syarikat animasi PIXAR
  • 1996 : Kembali ke syarikat APPLE
  • 2006 : Menjual syarikat PIXAR
2. Beliau adalah seorang Dyslexic - sama seperti personaliti lain yang dikesan seperti alexander Graham Bell, Albert Einstein dan Henry ford.

3. Seorang yang cuka cari masalah - pernah menggelarkan dirinya 'little teror' semasa di 3rd grade di mana dia melepaskan ular dan meletupkan bahan letupan dalam kelas.
Sampai sekarang terbawak-bawak lagi perangai lama - lihat no 10.


4. Nombor siri pekerja beliau di Apple ialah KOSONG ("0") - Steve wozniak iaitu jurutera syarikat Apple II merangkap co-founder telah diberikan nombor siri SATU ("1") dan Jobs dapat nombor siri DUA ("2"). Beliau membantah sehinggalah memperolehi nombor siri KOSONG ("0").

5. Dia telah mengenali komputer pada umur 12 tahun - Larry Lang, Sorang jurutera dari Hewlet Packard (HP) telah menunjukkan kepadanya sebuah komputer. Terus dia membelinya. Katanya - "Ia nampak kemas. Saya cuma ingin bermain menggunakannya".

6. Dia seorang yang sukakan seni kaligrafi - Selepas gagal di sekolag Reed, belih telah mengambil kelas kaligrafi dan menjadi 'gilakan' fonts dan kaligrafi. Pada waktu inilah dia merekacipta fonts yang digunakan pada komputer Macintosh (yang mana telah di tiru ke dalam komputer Windows).
Bill Gates jeles la tuu.

7. Bukannya seorang yang PEMBERSIH - semasa bekerja di ATARI, dia dipindahkan ke shif malam disebabkan oleh masalah kebersihan diri dan bau badan yang busuk.


8. Beli baju kerja pertama pada umur 22 tahun - pada tahun 1977 dia memerlukan sut kerja untuk represent Apple II di event West Coast Computer Faire.

9. Pakaian Harian - baju sejuk kashmir / sutera warna hitam, jeans Levi's warna biru (dia ada lebih dari 100 pasang), Sneakers New Balance (Saiz 14).
Aku minat nak pakai baju pattern sama every day datang kerja. Tapi mesti kena kutuk - baju tak basuh. padahal kat rumah ada berpuluh2 pasang baju sama. Hehehe..


10. Pernah diumumkan MENINGGAL DUNIA pada tahun 2008 oleh syarikat berita Bloomberg - berita tersebar ke seluruh dunia.
Baru0baru ni pun ada rumors meninggal dunia - kali ke-2


11. Seorang yang suka makan buah - buah kegemaran ialah epal. Sekarang baru aku tahu kenapa nama company dia dinamakan Apple.
Korang suka makan buah apa? buah Geduak? Nanti bolehla tubuhkan company "Geduak Co." - sure gempak.
12. Mengambil President syarikat PepsiCo (John Sculley) untuk sebagai CEO syarikat Apple - Ayat maut yang dia pakai masa ajak mamat tu - "Adakah kau nak menjual air bergula seumur hidup kau atau nak mengubah dunia?"

13. Gaji tahunan beliau - Syarikat Apple (USD1 juta), share dari syarikat disney ($USD48 juta)

14. Berada pada tangga 136 dalam senarai manusia terkaya di dunia - senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes pada tahun 2010 dengan pendapatan bersih $5.5 Billion.

15. Dia seorang kaki 'prank' - semasa pelancaran iPhone di MacWorld pada tahun 2007, dia menggunakan iPhone dengan membuat pesanan olok-olok latte sebanyak 4000 cawan dari Sturbucks.
Kalau aku owner sturbucks masa tu, tergolek-golek seronok dapat order latte 4000 cawan.


Kesimpulann : Kalau korang mempunyai ciri-ciri yang sama di atas, jangan risau.. korang akan kaya satu hari nanti.. hahaha...

dicedok dan di terjemah dari : majalahniaga.com