
Korang ada camera phone tak? Scan kat bawah ni. Ops!! sebelum tu kena pastikan phone korang ada applikasi untuk scan kod QR ni - macam aku, aku pakai aplikasi Neo Reader (dah bundle in bersama-sama dengan Android OS version 2.1) untuk phone aku.

Apa beza dengan standard barcode?
Tidak seperti barcode biasa, kod QR boleh menyimpan maklumat yang lebih kompleks - tidak terhad kepada nombor siri semata-mata. Kod QR boleh menyimpan maklumat seperti alamat laman web, alamat rumah korang, no. telefon, teks yang panjang. Ya! dengan barcode biasa pun masih boleh buat untuk text yang panjang - tapi kena siapkan kertas A3 la untuk keluarkan barkod tu - contohnya : barkod untuk alamat rumah korang (tak pernah lagi orang buat. Try la buat).
Macamana nak buat QR code sendiri?
Ada dua cara :
1. boleh gunakan online barcode generator yang berlambak-lambak kat internet. Korang boleh cuba gunakan link kat bawah ni :
2. Aku sebagai pengguna android, boleh gunakan aplikasi untuk generate QR code - free at android market. Korang boleh search kat android market aplikasi-aplikasi di bawah ni :
Cadangan dari hamba pacal yang hina - Korang boleh la buat QR code ni kat mug, brochure/pamplete, business card, baju (stylo tuu), signature image kat email2 korang.. baru nampak grand!!!
Sebagai tanda sokongan kepada teknologi kod QR ni, aku offer sesiapa yang nak share link kat blog aku - kita buat link exchange. Korang buat satu banner berukuran 290x70 pixel macam contoh kat bawah ni.

Make sure korang test dulu QR code tu - jangan pulak nanti jenuh orang scan tak dapat-dapat. Email banner tu beserta alamat website korang kat sumri75@gmail.com. Lepas email tu tinggalkan mesej beserta alamat email korang kat bahagian komen post ni - takut nanti email korang masuk spam folder gmail aku. Terbuka untuk 10 orang terawal saja. Banner tu aku akan letakkan kat ruangan bahagian tepi (kanan) blog aku ni.
Seronok sebenarnya cuba benda-benda baru ni. Life Is Aweeeeeeesome!!!