Friday, July 8, 2011

10 Aplikasi Android Pilihan Aku

Semenjak menjadi pemilik Android phone secara rasmi bermula bulan 10/2010, segala macam mak nenek Android applications dah aku godek-godek untuk memantopkan lagi phone aku ni. Phone tak adalah yang riban-riban punya harga (x10 mini pro jer)- tapi memadai untuk manage aktiviti harian aku menggunakan aplikasi yang aku gunakan tu.

Sebenarnya banyak aplikasi yang aku install dalam phone aku tu, cuma yang selalu aku guna adalah 10 aplikasi yang akan aku senaraikan kat bawah ni :

1. Astro file manager
Memudahkan aku manage file-file yang aku salin/copy dari pc ataupun yang aku bluetooth dari gajet-gajet lain. Semua jenis task boleh dilakukan menggunakan Astro file manager ni - copy, delete, move, bluetooth etc.

2. Financisto
Aku ni jenis yang selalu budget dan track duit yang keluar masuk kat poket aku ni - so tiap-tiap hujung buan, aku boleh tahu kat mana aku belanjakan duit aku tu - lepas tu boleh start planning balik untuk bulan-bulan berikutnya. Aplikasi ni tak ada masalah. Cuma masalahnya aku - tak ada disiplin menggunakan aplikasi ni - tu yang memanjang duit short tu.
Satu lagi - aplikasi ni boleh di'backup' secara online di google docs - apa-apa hal kalau phone crash, boleh restore semula.

3. AcCleaner
Setiap kali menggunakan aplikasi seperti browser, gmail, chatting - android engine akan mewujudkan file 'cache'. File ini akan 'memakan' ruangan/memori handphone. Jika tidak dihapuskan, memori phone lama-kelamaan akan penuh.
AcCleaner akan menghapuskan kesemua cache file yang ada untuk 'free up' memori agar phone dapat perform macam biasa. Aku selalu lakukan kerja 'free up cache' selang 2 hari.

4. Papago X5
Program ni adaah antara top three program aku sebab memang banyak membantu aku bila aku travel. Program ni tak ada kat android market untuk mode aku ni - aku terpaksa install manualy dengan bantuan uncle google. Nanti aku create satu post baru untuk tunjukkan bagaimana cara nak setup papago ni kat android gadget.

5. Pocket
Aplikasi ni bagi aku banyak membantu aku menyimpan maklumat-makumat peribadi seperti id dan katalaluan (laman web, email, online banking account) , nombor akaun bank etc. apa yang penting, aplikasi ni menyediakan fungsi backup dan restore secara online (menggunakan akaun di www.dropbox.com. In case phone crash, boleh restore semula maklumat-maklumat penting menggunakan aplikasi ni.

6. SMS Backup
Aku ni sayang nak buang mesej-mesej SMS dari phone aku ni - lebih-lebih lagi SMS yang ada sentimental value - cewaaaah!! Sebab tu, sebelum berkenalan dengan Android ni, aku suka phone Nokia sebab kapasiti untuk menyimpan mesej phone Nokia ialah UNLIMITED. Dengan Android, ada satu extra function - Backup dan Restore. Mesej-mesej ni akan di simpan ke dalam akaun Gmail dengan menggunakan folder baru yang diberi label "SMS".

7. imo Beta
Walaupun level aplikasi ni ialah Beta, tapi fungsi-fungsi yang ada dah cukup untuk aku chatting dengan kawan-kawan FB, Yahoo, GTalk dan Skype. Chatting menggunakan akaun MSN, AIM/ICQ, MySpace, Jabber pun ada - cuma aku tak pernah guna - malas nak create akaun banyak-banyak. Jenuh nak melayan chatting nanti.

8. MySetting
Apikasi ni nampak simpel, tapi ianya boleh menjimatkan masa browsing trough phone menu untuk menggunakan fungsi-fungsi tertentu. Aku consider aplikasi ni sebagai QuickAccess application. Fungsi yang selalu aku gunakan menggunakan aplikasi ini ialah - setting ringer mode dan toggle wifi access (on/off). Fungsi-fungsi lain yang boleh di akses menggunakan aplikasi ini ialah setting Brightness level, Unlock pattern, GPS, Bluetooth, Auto sync, Auto rotate, Screen timeout, Airplane mode, Cel location dan network mode.

9. Handscent SMS
Dengan interface yang cantik dan susunan mesej yang teratur (di groupkan mengikut contact name / number), amat selesa sekali menggunakan aplikasi ni. Mesej juga boleh di hantar mengikut masa yang kita boleh tetapkan sendiri menggunakan fungsi schedule task yang disediakan.

10. ContApps
Menggunakan aplikasi ni dapat menjimatkan banyak ruang memori phone aku kerana aplikasi ni berupaya untuk integrate dengan program social network online yang selalu digunakan oleh kebanyakan pengguna internet - termasuk orang-orang yang berada di dalam senarai contact aku. Apikasi ni boleg integrate dengan program-program berikut - FaceBook, LinkedIn, Twitter dan foursquare. Tak perlu susah payah nak cari gambar untuk letak sebagai contact image, aku boleh gunakan profile image dari facebook untuk jadikan contact image setiap nama yang berkaitan dalam address book aku tu.

Walaupun aku senaraikan cuma sepuluh saja di atas, masih banyak lagi apikasi android yang tak aku senaraikan - jarang pakai. Cuma apa yang aku suka tentang Android Appication ni - keupayaan untuk backup dan restore secara online. Secanggih mana sekali pun phone yang korang pakai, secanggih mana sekali pun aplication yang korang gunakan, kalau tak ada function backup dan restore - ia masih belum cukup canggih.

* Apps yang aku senaraikan tu base on Android versio 2.1 dan gadjet yang aku pakai ialah sony Experia X10 Mini Pro.