Tuesday, July 12, 2011

MENYEDUT File Menggunakan Aplikasi uTorrent

Mungkin subjek yang aku tulis ni agak biasa bagi sesetengah orang aka 'Kaki Sedut'. Tapi masih ada lagi yang tidak tahu cara bagaimana nak muat turun file-file movie, gambar, games, software etc. secara percuma. Bukan tujuan aku nak menggalakkan piracy - cuma nak share knowledge aku pasal apa yang aku tahu - sharing is caring, right? uTorrent ni adalah salah satu daripada puluhan BitTorent Client yang ada di internet. BitTorrent - dengan bahasa mudah aku boleh define sebagai perkongsian file secara beramai-ramai melalui internet.

Sebagai contoh, aku nak download file cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' (HKLBR). Katakanlah, dalam Malaysia ni ada 10 pengguna BiTorrent Client yang mempunyai file HKLBR. Daripada 10 orang tu, 5 orang daripadanya membenarkan pengguna lain 'menyedut' file movie tersebut dari PC masing-masing menggunakan BiTorrent Client. Maknanya aku akan dapat menyedut file HKLBR dari ke lima-lima pemilik file tesebut. 5 orang yang membenarkan file HKLBR di sedut kita panggil seeders. Lagi ramai seeders, lagi laju proses menyedut selesai (tapi bergantung kepada speed internet yang kita gunakan jugak).

Banyak-banyak BitTorrent Client, aku lebih suka menggunakan uTorrent. Sebab.. sebab sejak aku diperkenalkan dengan kerja-kerja menyedut file ni, memang aku menggunakan uTorrent. Simple - install dan terus boleh guna dengan default setting. Nak tweak-tweak ni aku tak pandai. :)

Kat bawah ni adalah cara-cara bagaimana ingin memulakan profession baru sebagai 'penyedut professional' (bila dah start, memang tak tahu nak berhenti... hahaha)

  • Muat turun uTorrent secara PERCUMA di sini - http://ll.www.utorrent.com/downloads
  • Install uTorrent ke dalam PC anda (proses installation - straight foward)
  • Sekarang, korang dah boleh buka aplikasi utorrent yang baru saja di install. Di bawah ni sedikit paparan skrin aplikasi tersebut.




Nah.. Sekarang, first part dah setel. Bahagian seterusnya, macamana nak memulakan proses 'menyedut' fail, ikuti langkah-langkah di bawah. Pertama sekali kena dapatkan file torrent yang ingin di sedut. File torrent ialah file yang mempunyai maklumat-maklumat tentang file sebenar yang kita ambil. Saiz file tersebut pun tak adalah besar sangat - dalam beberapa kilobyte saja.

  • Lawati laman web http://torrentz.com untuk mencari file-file yang berkenan di hati.
  • Sebagai contoh untuk artikel ini, aku nak cari movie bertajuk 'source code'.
  • Pada laman web torrentz tu, aku taipkan 'source code' pada ruangan 'Search' yang disediakan. Tekan saja butang search, nahh... berderet-deret file-file yang berkaitan dikeluarkan - macam gambar kat bawah ni :



  • Bahagian yang perlu di lihat ialah pada bahagian seeders (bahagian yang aku tandakan dengan red arrow dalam gambar di bawah). Untuk proses sedutan yang lebih cepat, lagi ramai seeders, lagi bagus. Untuk contoh ni, aku ambil file yang paling atas. Klik link file tu dan page seterusnya akan dipaparkan.



  • Kalau kita tengok gambar kat bawah ni, kita boleh nampak macam-macam link untuk dapatkan file torrent ni. Sebenarnya, torrentz.com adalah 'wakil' / 'orang tengah' kepada laman web yang membekalkan file torrent yang (kunun-kunun sebagai torrent punya search engine laaaa). Semua result yang diperolehi melalui laman web ini akan di'redirect' kepada sumber sebenar file tersebut. Selalunya pada peringkat ini, aku akan pilih thepiratebay.org, vertor.com, btjunkie.org, rarbg.com. Korang juga boleh direct ke laman web yang aku tulis tu kalau mahu.



  • Memandangkan kerajaan Malaysia dah block laman web thepiratebay.org sebelum serangan hackers besar-besaran tempoh hari, aku beralih kepada vertor.com, btjunkie.com atau rarbg.com. Untuk contoh ni, aku akan pilih link rarbg.com. Klik saja, details berkenaan fail torrent 'Source Code' akan dipaparkan pada laman web rarbg.com - rujuk gambar di bawah (PERHATIAN!!! Laman web yang akan dipaparkan mungkin mempunyai iklan-iklan yang menjolok mata - so, pandai-pandai koranglah).





  • Kalau nasib baik, kita akan dapat lihat berbagai-bagai komen daripada 'penyedut-penyedut' yang dah berjaya sebelum ini pada page tersebut - dan juga contoh gambar untuk kita tengok kualiti gambar movie yang akan kita sedut nanti. Untuk file ni, kalau kita scroll ke bawah, dah ada beberapa komen. Selalunya komen-komen yang banyak ni terdapat pada file torrent untuk movie sahaja. Sekarang, untuk muat turun file torrent tersebut, klik link yang disediakan (aku ada tandakan dengan arrow merah pada gambar di atas).
  • Lepas tu save la kat mana-mana folder file yang dah di muat turun tu. Aku buat folder khas untuk file-file torrent aku - d:\data\torrent. Segala mak nenek file yang aku muat turun guna utorrent aku ni, kat situ la nak cari.

Ok, sekarang bab BitTorrent Cient dah setel, file torrent pun dah setel. Langkah seterusnya, proses menyedut file.

  • Buka semula applikasi uTorrent yang dah di install tadi (kalau masih belum buka).
  • Klik menu File--Add Torrent... ataupun kik saja ikon Add Torrent kat skrin tu (rujuk 2 gambar kat bawah)




ATAU




  • Pilih semula file torrent yang kita dah download sebentar tadi, klik butang Open untuk untuk langkah seterusnya (rujuk gambar di bawah).




  • Selepas butang open (gambar di atas) di klik, dialog box di bawah akan dipaparkan. Makumat yang ditunjukkan pada dialog box tersebut ialah maklumat terperinci file yang akan kita sedut nanti. Pada bahagian atas sekali ialah lokasi file tersebut akan di simpan (boleh edit ikut citarasa masing-masing). Klik butang Ok untuk mula 'menyedut'.




  • Movie 'Source Code' akan mula di sedut (rujuk gambar di bawah - 'Source Code' dimasukkan ke dalam senarai file yang di sedut. Indicator berwarna hijau bermakna file tersebut sedang menjalankan proses menyedut file dari seeders seluruh seluruh dunia). Korang akan dapat melihat berapa peratus file tersebut telah siap di sedut.




  • Sekarang, boleh lah tinggakan torrent ini menyedut file sampai siap. Bila dah siap, exit torrent dan bolehlah layan cerita yang dah di sedut tu.

Tips :
  • uTorrent boleh menyedut banyak file dalam satu-satu masa. Tapi aku advice - jangan tamak. Cukuplah satu saja sekali sedut - sebab ia akan effect perfomance semasa surfing internet.
  • Bila dah siap sedut (100% complete), kita akan jadi seeders kepada orang lain pulak. Jadilah seorang penyedut yang pemurah. Kasi orang lain sedut file kita tu sekurang-kurangnya sampai ratio = 1 (maknanya kita dah bagi orang sedut file tersebut sepenuhnya), barulah anda boleh remove file tersebut dari senarai torrent yang aktif (klik ikon remove pada menu uTorrent).

Selamat MENYEDUT...