Wednesday, July 6, 2011

Tuna Sandwich : Buat Sendiri Pun Boleh

Hari ni saja nak sharing-sharing dengan kawan kawan macamana nak sediakan tuna sandwich - DENGAN CARA AKU. Bagus untuk anytime rasa nak makan sandwich - pagi? petang? malam?

Aku bukannya reti sangat pun bab-bab kerja orang pompuan ni - tapi selalunya satu paket roti Gardenia (yang harga rm3++) boleh habis, kira ok la kot.. heheh..

Apa-apa pun, meh aku share cara nak buat sandwich ni macamana.. mudah yang amat!!!



Bahan-Bahan :
  • 1 Paket Roti (aku cadangkan Gardenia sebab roti dia lembut)
  • 1 Tin Tuna (Selalunya aku beli Tuna in the Water)
  • 4 Ulas bawang besar (kulit kuning) - saiz sedang. Mayang dalam bentuk kiub.
  • Mayonis - tak kisah brand apa. Aku guna 'Kimball'
  • Serbuk lada sulah untuk penambah perisa
  • Sos Cili
  • Sos tomato
  • 3 biji tomato (untuk hiasan) - di hiris nipis
  • 2 biji mentimun (untuk hiasan) - di hiris nipis




Cara Menyediakan :
  • Campurkan tuna, mayonis bawang besar, mayonis (ikut suka - kalau suka banyak mayonis, letak banyak-banyak sikit), sos tomato (secukup rasa), sos cili (secukup rasa) dan sedikit serbuk lada putih.
  • Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. (macam dalam gambar kat atas)
  • Sapukan pada roti bersama hiasan (tomato dan mentimum)
  • Sandwich anda sudah sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!!!




* Maaf - gambar photoshop tak berapa lawa. Aku ni bukannya kreatif sangat nak edit-edit photoshop ni. Setakat touchup lebih kurang boleh laa.