Friday, July 1, 2011

Satu Minggu Lagi




Alhamdulillah. Dah selamat beli tiket balik kampung - Tanah Merah aka Red Land untuk next week. Dah lama tak naik train untuk long trip ni. Dulu masa kecik2 selalu jugak naik keretapi dari Red Land ke rumah arwah atuk di Jerantut. Masa kecik-kecik dulu pun selalu pergi ke zoo Kuala Krai dari Red Land (masa tu tambang rm1.20 jer). Murah gilerrr!! Mungkin masa tu harga minyak masih murah berbanding dengan negara jiran.

Yang berbeza kali ni aku booking tiket yang pakej tilam tu - boleh rehat2 dalam perjalanan nanti lepas penat bekerja hari jumaat tu.

Apa syoknya naik 'kereta lipang' (panggilan keretapi untuk org terengganu) ni?
  • Tak ada 'drifting' and 'dragging' macam kereta drift tu
  • Tak ada overtaking macam kereta-kereta kat tengah jalan tu
  • No harsh braking - smooooth jer
  • Boleh bergerak/ berjalan dengan bebas dari gerabak ke gerabak lain (terutamanya ke kafe/kantin).
Budak-budak memang suka naik keretapi ni, aku dah beberapa kali bawa anak-anak naik keretapi dari Red Land (pukul 11 pagi) ke Pasir Mas. Pukul 2.30 petang pulak balik naik keretapi jugak dari Pasir Mas ke RedLand. Memang seronok habis!!!

Keretapi ni memang nostalgia bagi aku.

Nanti aku masukkan catatan perjalanan dari K.L Sentral - Tanah Merah kat blog aku ni.